Thursday, 27 December 2018

PRAGUE , CZECH REPUBLIC

Nak pergi tempat sejuk, main snow, buat snowman,  nak baling abang dan kakak dengan snowball. Inilah permintaan si kecil selain berulang kali berkata ingin ke Masjidil haram setiap kali ternampak kaabah di kaca tv. Inn Syaa Allah kalau adik dah besar sikit nanti kita pergi. Kami pun rindu nak pergi lagi. Sebelum itu kali ini misi kita adalah mencari salji. Bercuti ke Prague adalah pilihan kami kali ini. Kenapa Prague ? Ada snow ke di Prague ? Kami akan uraikan nanti .


Perjalanan lebih 6 jam amat memenatkan si kecil.Alhamdulillah stroller ada di sediakan di terminal Dubai. Amat memudahkan Muhammad Hazlam yang keletihan kerana penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai dia kurang tidur kerana sibuk main game dan menonton cerita di IFE penerbangan Emirates.


Tambah lagi 6 jam perjalanan ke Prague, Czech Republic atau di kenali sebagai Czechia.


Mendarat di Vaclav Havel Airport pada 12:10. Seperti biasa , tiada check in beg untuk kami. Memudahkan pergerakan kami. Stroller juga ada di sediakan percuma di terminal ini .


Yang penuh dalam beg tu pun makanan sahaja.


Download siap-siap apps Pubtran dalam phone anda untuk pengangkutan awam di Czechia ini.Dari situ kita boleh tahu tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi yang hendak di tuju. Tiket di jual mengikut tempoh, 3 hari, sehari, sejam atau setengah jam.Kanak-kanak dari 5 hingga 15 tahun adalah separuh harga.


Tiket dijual menggunakan mesin kuning ini yang berada di platform bas yang kami ingin naiki. Tiket ini digunakan untuk semua pengangkutan awam di sini.Tiket sejam cukup untuk kami.Usah risau jika masih belum tukar duit kerana mesin ini menerima credit card  atau Paywave. Senang sekali. Jangan tukar duit di airport. Anda hanya akan dapat separuh dari nilai yang sebenar.


Masukkan tiket mengikut arah anak panah..Masa akan di cetak pada tiket.
Bas kami ialah 119 di Platform nombor 2.


Berhenti di hentian terakhir bas 119 iaitu Nadrazi Veleslavin.  Sambung perjalanan dengan menaiki metro line hijau pula menuju ke metro Staromestska.Ada 3 line metro di Prague ini.Hijau,Kuning dan Merah.


Metro nya sangat antik tetapi bersih. Maintenance yang amat baik.



Design tanda nama di setiap metro station di Prague ini amat unik kerana ianya berbeza di antara satu dengan yang lain.


Pemandangan dari bilik hotel pertama kami. Seperti biasa juga,hotel di kota lama menjadi pilihan kami. Terletak di tengah-tengah tempat yang popular di Prague 1 ini. Berhadapan Kafedamu dimana orang tempatan datang untuk mendapatkan secawan kopi. Tiba masanya kami mendekati dan melalui tabiat orang tempatan dengan lebih dekat.


Captain Candy yang harganya cekik darah. Banyak terdapat di sekitar Prague. Bukan product orang tempatan. Candy tempatan ada dijual dalam pasaraya bukan kedai di tepi jalan seperti ini. Kami tak beli pun sebab candy nya kebanyakan adalah berunsur gummy. Ada was-was disitu.


Hotel di tengah bandar amat menyenangkan untuk bergerak di waktu malam.


Tempat makanan halal juga dekat dengan hotel kami. Terletak di atas Line hijau Metro Staromestska .


Kedai kebab ini pula terletak di atas Metro Narodni trida line kuning. Juga dekat dengan pasar raya  tesco. Boleh beli barangan runcit kalau nak masak sendiri untuk yang perlukan nasi setiap hari.Tapi kami tak cerewet tentang makanan. Tak jumpa nasi sebulan pun tak kisah. Alhamdulillah.


Salji pertama kami di Prague turun pada malam pertama kami di sini. Excited sangat anak-anak.


Seperti bandar-bandar lain di eropah, salji tidak akan kekal lama. Akan hilang mejelang tengahari. Muhammad Hazlam tak dapat nak buat snowman.



Prague adalah tumpuan pelancong seluruh dunia termasuk pelancong dari eropah sendiri.
Seperti tips yang kami beri sebelum ini, mulakan perjalanan selepas subuh untuk merakam gambar tanpa ramai orang.


Cuaca agak sejuk dan ada ketika nya dibawah paras beku.


Charles Bridge. Jalan perhubungan perdagangan terpenting di antara Eropah barat dan timur suatu masa dahulu.


Mitos di Charles Bridge ini adalah anda akan dapat datang ke sini lagi jika anda pegang plate besi orang tengah berbaring ini. Ramai pelancong yang datang dengan mengusap besi ini sehinggakan besi ini sentiasa berkilat tanpa perlu pencuci logam.Sekadar mitos yang langsung tidak di percayai oleh orang tempatan sendiri. Mereka juga tidak tahu mana datangnya mitos ini. Pelik bukan ?


Terdapat 30 menara patung di sini.Semuanya berkisahkan  agama Kristian Katolik . Prague adalah bandar suci di zaman Empayar Rome.


Di nobatkan dengan The narrowest street in Prague. Siap ada traffic light. Jalan  menuju sebuah restoran di tebing sungai. Berjalan melalui antara dua bangunan.


Kampa . Berdekatan dengan narrowest street ini pula ada satu lagi tugu yang unik dan pelik. Di nobatkan nombor 1 oleh Prague Post antara Top 10 strangest statue in Prague. Peeing Statues . Dua patung yang bergerak sedang kencing di atas peta Czechia. Menggambarkan ahli politik di Czechia yang saling menipu diantara mereka tanpa memperdulikan masalah negara .


Tempat yang cantik untuk mengambil gambar semestinya di tebing sungai.


Jangan lupa untuk membawa roti atau apa-apa makanan untuk diberikan kepada burung-burung dan swan ini.



Banyak kali nak tangkap gambar kakak , seekor swan ni mesti terselit. Tak pe lah,dia nak suruh masuk gambar dia dalam blog ini agaknya. Permintaan mu ditunaikan.


Memberi makan pada binatang tidak dilarang di sini. Malah di alu-alukan untuk membawa makanan untuk mereka.


Memang banyak benda halal di sini. Termasuk lah ganja.


Syurga untuk kaki-kaki ganja.


Jangan terkeliru sebab product ganja-ganja ni kadang kala di letakkan bercampur dengan makanan biasa yang lain.


Tram-tram di kota Prague ini ada 3 jenis. Yang betul-betul antik,yang lama dan yang baru. Walaupun antik, kebersihan dan quality tram tetap terbaik. Pandai mereka menjaga kemudahan awam.


Walaupun banyak benda antik , awas jangan tertipu. Ini adalah kereta baru tetapi design antik. Tidak di syorkan oleh orang tempatan di sini. Kami lihat juga majoriti yang menaiki kereta ini adalah pelancong yang datang dari benua Asia. Biar kan lah mereka , mereka tidak tahu.


Prague Castle. Kediaman President. Sebesar 18 ekar menjadikan nya antara istana di zaman silam terbesar di dunia. Ada check point sebelum masuk ke kawasan istana.


Pemandangan dari Prague Castle.



Gereja St.Vitus Cathedral yang terletak di dalam kawasan istana.


Menjelang Krismas  kita akan dapat lihat kedai-kedai jualan seperti ini di buka di merata tempat. Lebih kurang macam bazaar menjelang ramadhan di Malaysia.


Pelik juga kenapa ada banyak patung-patung syaitan di gereja ini dan di sekitar Prague.


Tak perlu hairan lagi kalau dah obelisk berada di depan gereja , tentu sahaja penganut pagan ini akan meresapkan unsur tersebut dalam agama lain. Jangan tak percaya kalau di Malaysia juga ada tugu obelisk ini. Obelisk ini bukti kewujudan mereka di sesebuah negara. Bahkan 3 simbol syaitan ini untuk di lontar di jamrah semasa musim haji telah di ubah bentuk dari obelisk ke bentuk lain pada tahun 2004. Kenapa agaknya ye ?


Pengawal istana yang menukar giliran mengawal di pintu istana setiap satu jam.


Muhammad Hazlam lari bila nampak Nun. Kakak dan abang-abang juga menakutkan adiknya dengan kata Nun datang nak tangkap Hazlam. Hahaha...berjaya juga kan geng-geng pagan ni meresapkan minda dengan mengatakan Nun ni menakutkan. Semuanya sebab cerita The Nun yang mereka tonton baru-baru ini.


Bila hantu dah lari,baru lah nak posing bergambar.


Strahov Monastery


Pemandangan Old Town Prague.


Lokasi yang wajib kami rasa anda perlu pergi ialah Petrin Lookout Tower


Pemandangan dari aras yang tertinggi. Muhammad Hazqil bertanyakan di mana tempat snow ? 


Pemandangan seluruh Prague dapat di lihat dari atas tower ini.


Tempat sejuk dah sampai tapi masih tak ada snow.


Ada dua aras di tower ini. Bagi yang gayat tempat tinggi aras pertama ini sudah cukup untuk anda.


Nama pun budak-budak. Taman permainan adalah tempat yang terbaik untuk mereka. Lama juga mereka bermain, Maklumlah bermain tapi tak berpeluh. Layan kan aje lah.


Perkara wajib. Sepanjang berjalan di Charles Bridge ini , aiskrim tak cair-cair.


Kalau lewat datang memang penuh Charles Bridge ini dengan pelancong dan artis menjual hasil seni mereka.


Hari ke 3 kami di Czechia, kini dalam misi mencari salji pula. Tapi di mana ? Jika anda ingin betul-betul hendak main salji mari kami bagitahu di mana.


Selepas subuh dan bersarapan , kami menaiki metro line kuning ke stesen terakhir iaitu Cerny Most .


Cerny Most ini adalah salah satu pusat transit sebelum anda ingin ke luar dari Prague. Tujuan kami hari ini adalah bercuti ke Spindleruv Mlyn . Most popular ski resort in Czechia.


Kami naik bas henti-henti yang dinaiki oleh orang tempatan. Tak nampak seorang pun tourist bersama kami. Tiket bas boleh beli online siap-siap di TIKET BAS .Kalau tak nak beli siap-siap kena beratur beli tiket dengan pemandu bas. Jika lambat naik bas terpaksa berdiri lah ye.


Perjalanan mengambil masa kurang 3 jam dari Cerny Most . Lebih kurang 130 km perjalanan. Bas ini ada melalui kilang Skoda dan bas agak kosong bila ramai penumpang turun di stesen bas berdekatan kilang ini. Skoda adalah kereta buatan Czechia sepenuhnya. 


3 jam tidak terasa kerana di setiap pekan kecil yang di lalui oleh bas kami semua nya cantik-cantik belaka. Semua semakin teruja bila salji mulai turun dengan lebatnya di beberapa buah pekan ini.





Siapa yang boleh tidur jika dapat melalui perjalanan secantik ini. Masya Allah .


Turun di hentian terakhir. Stesen bas Spindleruv Mlyn , aut.St.


Dah lama dia tunggu saat ini. Snowball fight. Habis semua orang kena baling dengan dia.


Salji baru sahaja berhenti sebelum kami sampai di sini. Salji masih lembut. Pedulikan orang tempatan kat belakang tu. Memang ini kali pertama mereka jumpa salji seumur hidup mereka. Enjoy.


Snowball fight.


Tak sabar nak buat snowman.


Akhirnya. Snowman kami yang pertama.


Semuanya sangat teruja. Pemandangan agak berkabus selepas snow.


Layan kan aje di mana mereka nak ambil gambar.



Seputih salju. Memang putih.


Selembut salju. Memang sangat lembut.


Sesuci salju....err...boleh la kalau nak tidur.



Lebih 20 tahun tak jumpa snow. Masih teruja jugak ayah mereka ni. Hahahaha.....


Hanya gambar mampu berbicara....


Alhamdulillah...rezeki mereka dapat jumpa snow.




Banyak hotel-hotel di sini di usahakan oleh orang-orang pencen. Jadinya harga boleh dapat murah kalau pandai berbincang.



Makan dahulu sebelum check in hotel. Kalau yang kena makan nasi di sarankan packing siap-siap dari Prague sebab tak ada nasi di jual di sini ye.


Berhati-hati dengan kedai ini. Owner lama dah jual pada orang Vietnam. Namun nama kedai masih belum di tukar. Ada pork rools di jual di sini.


Orang-orang Czechia ni kurang berbahasa inggeris. Mereka lebih mengutamakan bahasa ibunda mereka. Tapi tak menjadi masalah pun. Meraka faham walaupun kita cakap bahasa melayu. Jangan tak percaya.


Budak-budak kalau dah nampak taman permainan. Layan dulu depan hotel ni.


Permulaan salji di kawasan ini cuaca agak berkabus. Akhir bulan 2 hingga bulan 3 cuaca akan stabil dan kawasan ini akan lebih cantik. Akan kelihatan gunung ganang di sekeliling. Harga juga akan lebih cantik ye sebab tempat ini akan di limpahi orang ramai pada masa puncak tersebut.


Tak sah kalau tak melihat tempat yang kami lawati pada waktu malam.




Cuaca pada paras beku.


Pemandangan waktu malam dari balkoni bilik kami.


Pemandangan waktu pagi.


Tempat tukar duit yang munasabah di Spinleruv Mlyn. Sila berhati-hati kerana banyak money changer di Chechia ini mengenakan caj yang mahal walaupun mengatakan 0% commission .


Bersedia untuk melakukan penerokaan salji kami.




Dari hotel kami berjalan ke Medvedin . Di Splindler Mlyn ni banyak kawasan ski. Kami memilih untuk ke Medvedin kerana berdekatan dengan hotel kami.




Buat snowman lagi.


Kedai kopi dalam perjalanan ke Medvedin.



Alhamdulillah . Spindleruv  Mlyn telah kami jejaki.



Membuka laluan dan meninggalkan tapak untuk pengembara seterusnya.


Sudah sampai di Medvedin chairlift cableways . Tiket boleh dibeli di sini. 




Panjang chairlift ini adalah lebih kurang 2 km.



Kelihatan beberapa tempat ski di gunung bersebelahan. Spindleruv Mlyn ini akan diadakan Audi Ski Would Cup pada awal tahun hadapan. Pastinya harga hotel akan melonjak tinggi.


Sudah tiba di Bear Mountain Medvedin . 1235 meter dari paras laut .


Cuaca agak berkabus. Jika cuaca cantik kita akan dapat melihat sempadan Poland dan Jerman dari sini.


Cuaca cerah seperti ini biasanya akan muncul sekitar akhir bulan Feb hingga Mac.Waktu puncak pelancong datang ke sini.



Melepak sambil makan makanan ringan dan kopi panas. Ada orang tempatan yang menegur kami dan bertanyakan dari mana kami datang. Mungkin dari cara kami berpakaian. Dia pernah sampai ke Malaysia katanya. Dia juga tak sangka kami boleh datang sejauh ini. Bagus untuk pengalaman anak-anak tambahnya lagi. Bukan kali pertama di tegur begitu. Semasa dalam metro juga kami banyak kali di tegur. Mungkin kami orang Malaysia pertama yang sampai di sini kot.


-6'C



Untuk menyewa alatan ski di sini tak la semahal yang anda sangka. Cuma pengalaman untuk ski dengan sempurna itu yang harganya sangat mahal.


Restoran dua tingkat. Tingkat atas lebih cantik pemandangan nya jika cuaca cantik. Dibuka sepanjang tahun. Medvedin ini juga menjadi tempat tumpuan para hiking pada musim panas.


Bagi yang telah biasa ski , cuaca begini adalah biasa bagi mereka.


Cukup lah hanya menonton mereka bemain ski. Latihan yang kerap perlu untuk menjadi hebat seperti mereka. Cuaca di bawah berbeza sungguh dengan cuaca di puncak Bear Mountain Medvedin.


Salah satu lagi tempat menarik untuk anak-anak adalah di Bobova Draha. Satu-satunya bobsleigh di Spindleruv Mlyn . Anda boleh melayar info mengenai Bobova Draha  di sini.


Bobsleigh ini di buka sepanjang tahun. Semestinya tempat ini akan sesak dengan pengunjung pada musim panas.


Permulaan. Semua ingin mencuba . First Malaysian kot.


Di tarik dengan cable untuk menuju ke puncak sambil menikmati pemandangan yang indah.


Permulaan litar sejauh 1.4 km.


Kelajuan boleh di kawal jika anda terasa terlalu laju.


Kanak-kanak boleh bersama orang dewasa.


Kalau tiada orang di belakang, nak berhenti ambil gambar pun boleh.


Memang banyak tempat-tempat menarik untuk bergambar di Spindleruv Mlyn ini.


Misi kami telah berjaya.


Kini bersambung lagi pengembaraan kami di Prague. Kali ini di hotel yang lain. Lebih dekat dengan orang tempatan.


Beli barang seperti orang tempatan beli barang.


Makan seperti orang tempatan makan.


Berbelanja seperti orang tempatan berbelanja.


Melepak seperti orang tempatan melepak.


Menikmati kopi panas sambil bersiar-siar setiap pagi.


Tidak perlu tergesa-gesa. Nikmati kehidupan seperti orang biasa.


Berjalan lah ke mana yang anda suka.


Metro Namesti Miru. Metro Station terdalam di eropah.


Antara trademark Prague. Dancing House.


Lebih lama anda di sini lebih banyak yang anda akan tahu. Sebagai contoh Trdlo ini. Kedai Trdlo ini bersepah di Prague. Anda akan terkejut bahawa ini bukanlah makanan orang tempatan. Hanya muncul sekitar tahun 2010. Orang tempatan amat marah mengenai perkara ini. Seperti menukar identiti tempatan. Banyak juga info atau flyers yang terdapat di hotel-hotel tempatan mengecam budaya makanan tempatan tiruan ini.


Disebabkan ada ais krim, layan lah jugak dua ketul benda ni .Hahaha....



Ini lah salah satu makanan tradisi orang tempatan. Jangan lupa untuk bawa balik.


Cari coffee booth seperti ini. Wafer tempatan yang fresh ada di jual di sini.


Muzium Lego. Sesuai untuk anak-anak anda.



Musium Apple. Sesuai untuk peminat product Apple.


Wax Museum. Kami tak masuk sebab review rating nya rendah. Not recommended. 


Meneliti menu. Ada babi. Cancel dinner di sini. Beli baju je lah.


Banyak lagi kedai kopi atau kedai makan yang tak jual babi.


Kedai yang haram di Malaysia tetapi halal di sini pun banyak.


Yang penting jauhkan perjalanan, pasti luas pengalaman.


Head of Franz Kafka. Seorang novelist yahudi. Memang banyak statue Franz Kafta ni di Prague. Juga menjadi trademark Prague.


Prague adalah kota impian Adolf Hitler untuk  menetap selepas bersara. 


Ungkapan Adolf Hitler , "Aku boleh musnahkan semua yahudi di dunia ini, tapi sengaja aku tinggalkan sedikit yang hidup, agar kamu nanti dapat mengetahui mengapa aku membunuh mereka." 


Di Prague ini memang ada perkampungan kecil Yahudi yang sengaja di tinggalkan oleh Adolf Hitler. Hitler mahu kawasan ini menjadi musium untuk dijadikan pengajaran dan iktibar untuk orang yang akan datang. Kami telah datang melihatnya sendiri. 


Di perkampungan ini lah juga store Hugo Boss terletak semasa perang dunia kedua. Orang-orang yahudi di sini di jadikan buruh paksaan untuk menyediakan uniform tentera Nazi pada ketika itu.


Sebuah lagi tugu bagi memperingati Franz Kafka. Terletak di perkampungan Yahudi. Patung lelaki kecil yang duduk sambil menunjuk arah dengan telunjuk di atas di lambangkan sebagai Franz Kafka dan lelaki berbadan besar tidak berkepala dan tangan melambangkan kuasa besar yang tidak mempunyai kepala dan tangan. Lebih kepada boneka yang di suruh kemana-mana. Simbolik bukan ?


Semua musium di sini dilimpahi orang ramai beratur kecuali Musium Yahudi ini. Tiada yang berminat nampaknya.


Prague chocolate amat popular di sini. Ini adalah salah satu kedai. Tapi banyak lagi yang sedap-sedap dan murah selain dari kedai ini.


 Beberapa hari lagi menjelang Krismas, memang banyak kedai buat diskaun. Memang berbaloi.


Banyak kedai yang buat sale gila-gila menjelang Krismas .


Pastinya gedung ini akan menarik perhatian anak anda untuk masuk.


Gedung permainan kanak-kanak. Dengan diskaun menjelang Krismas.


3 tingkat. Memang rambang mata dibuatnya. Terletak di Na Prikope Prague.


Slide percuma dari tingkat 3 ke 2. Orang dewasa pun boleh try tau.


Gallery of Steel Figures . Terletak di jalan yang sama dengan Hamleys. Sangat recommended bagi yang membawa anak-anak ke Prague ini.


Bukan setakat boleh lihat diluarnya.


Di dalam nya juga anda boleh mencuba.


Semuanya dibuat dari 100 % recycle metal.


Wall - E


Peminat bumblebee


Gallery ini ada 2 tingkat .


Lama juga layan anak-anak di sini. Banyak figure kegemaran mereka di sini. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut boleh click di sini : Gallery of Steels Figures


Di Prague ini kami berpindah-pindah hotel. Ini kerana bagi memudahkan kami ke tempat-tempat menarik dan mengenal orang tempatan dengan lebih rapat. Kami juga tidak lagi review hotel-hotel ini. Penginapan bergantung kepada keperluan keluarga anda. Tiada free advertisement ye untuk hotel.
Gambar di atas adalah masjid Prague sebelum solat Jumaat. Jika datang dengan family, ada sebuah restoran islam di sini. Keluarga yang perempuan boleh tunggu di kedai makan sementara lelaki bersolat. Tapi keluarga kami yang perempuan dan yang kecik tinggal di hotel sahaja menunggu kerana sangat dekat dengan masjid ini.



Pengembaraan di teruskan lagi.


Pastikan keluar selepas subuh untuk mendapatkan gambar yang cantik 


Old Town Square Prague.


Dari pagi....


Hingalah ke malam budak yang seronok berdukung sepanjang hari .


Prague Astronomical Clock Tower . Di buat pada tahun 1410 . Jam astronomical ketiga tertua di dunia dan yang pertama masih kekal beroperasi hingga ke hari ini. Menjadi tumpuan setiap jam.


Lebih seminggu kami di sini .



Banyak lorong yang kami lalui bersama-sama .


Dari lorong yang gelap hingga lah yang terang .


Bukan lagi secret society di sini .


Pintu ke.....


Shopping mall . 


Shopping mall lagi . Menghabiskan sisa-sisa Czech Coruna yang tinggal . Percaya atau tidak kami hanya menukarkan Euro 300 sahaja sepanjang kami di sini ? Selebihnya kami menggunakan kad credit . Kad kredit di terima dengan meluas di Czechia ini . Rate nya pula amat berpatutan .


Berjaya menghabiskan semua wang kertas kami .


Tinggal sisa coin yang tinggal . Penting juga coin ini kerana di beberapa tempat anda terpaksa membayar mengunakan coin untuk masuk ke tandas . Walaupun tandas di Burger King . Beruntung jadi  rakyat Malaysia bukan ??


Berjalan ke sana dan ke mari tanpa mengunakan peta. Sangat berkeyakinan . Sehinggakan ada pelancong europe bertanya kan arah kepada kami . Dah nampak macam orang tempatan ke kami ni ? Hahahaha...



Hari terakhir di Prague.



Penthouse terakhir kami di Prague.


Walaupun arak dan ganja halal di sini , disiplin dan undang-undang yang tegas membuatkan penduduknya menjaga tatasusila . Beginilah keadaan aman jika rasuah kurang di negara anda. Malaysia bila lagi ?





Kesedihan jelas terpampang apabila meninggalkan Prague. Kota yang mulai serasi dengan mereka.






PENGAJARAN PERJALANAN :

Jangan cepat menilai . Jangan cepat buruk sangka . Jangan cepat mengutuk.
Kerana tak kenal maka tak cinta , tak tahu maka tak faham dan tak kenal pasti tak sayang.





















1 comment:

  1. Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ . thanks

    ReplyDelete